Alatan Penanaman

Lastly, this is the final part dalam journey mengumpulkan barang utk project mini hidroponik dan fertigasi yang saya dalam lama duk plan ni. Kali ni barang yang berkaitan proses penanaman.


Nama : 16″ x 16″ Polybag
Kegunaan : Anak pokok nanti akan dipindahkan ke dalam polybag yang dah diisi dengan media tanaman. Senang nak alih2 nanti kat area balkoni. Saiz 16″ x 16″ nampaknya saiz yg common orang pakai.


Nama : Bamboo Stake
Kegunaan : Lepas pindah anak pokok dalam polybag, terus pacak bamboo stake ni. Tujuannya bila pokok dah besar nanti, leh ikat batang pokok kat bamboo tu supaya dia tak repah, tetambah lagi bila dah berbuah. Dahan berat pastu angin kuat, mesti tumbang kalau tak support.


Nama : Cocopeat Block
Kegunaan : Ni medium tanaman yang akan digunakan instead of tanah bagi sistem fertigasi. So dia bebas dari patogen dalam tanah yang mungkin menyerang pokok. Benda ni dibuat dari sabut kelapa.


Nama : Hydroponic Net Pot
Kegunaan : Digunakan dalam pernanaman secara hidroponik.


Nama : LECA
Kegunaan : Kalau menanam secara biasa kita gunakan tanah atau cocopeat, untuk hidroponik, kita tak nak media tanaman tu mencemari air nutrien tu (kalau pakai tanah atau cocopeat). LECA (Lightweight Expanded Clay Aggregate) digunakan sebagai medium tanaman.


Nama : Mini Felt
Kegunaan : Beli ni untuk cuba hidroponik kaedah wick. Dalam wick system, kain felt ni akan dijadikan sumbu. Kain ni akan menyerap air dari bekeas yang berisi air nutrien dan terus membasahi akar.


Nama : Rockwool
Kegunaan : Salah satu lagi medium tanaman yang popular bagi penanaman secara hidroponik. Benda ni biasa juga digunakan untuk menyemai biji benih bila menanam secara hidroponik.


Nama : Seedling Soil
Kegunaan : Tanah yang digunakan untuk menyemai anak benih.


Nama : Seedling Tray
Kegunaan : Alat yang biasa digunakan untuk menyemai benih. Ia juga menyenangkan pemindahan anak benih sebab boleh cabut satu – satu.


Nama : Seedling Tray Label
Kegunaan : Kekadang kita semai beberapa jenis benih dalam seedling tray. Dah duk congak2 dalam kepala, barisan 1 cili, barisan 2 daun ketumbar, barisan 3 daun basil. Esok bila check, alamak, dah lupa lah cili barisan mana ek (penah terjadi kat saya). So sekarang, lepas semai je, saya terus label siap2 pakai seedling tray label nih.


Nama : Seeds
Kegunaan : Biji benih bagi pokok / sayur yang kita nak tanam. Seperti pegi Lowyat rambang mata tengok gadget, sekarang ni lalu je kat rak jual biji benih, rambang mata gak tengok. Hehe

Imran

Technical Manager at one of the market researcher company in KL who does blogging on his free time. Love cats very much. Always fascinated with new technology (as well as spending money on it)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: