Menanam Kangkung Hidroponik Kaedah “Wick”

Lepas bancuh Larutan Pekat Nutrien AB Hidroponik hari tu, terasa nak mula tanam sesuatu je. Sistem mini fertigasi tak setup lagi. Lagipun anak bili masih kat dulang semaian. Set mini hidroponik plak tengah nak cari meja nak letak. Nak tinggikan sket. So apa kata kita mulakan dengan tanan kankung menggunakan kaedah “wick” atau sumbu.

Beli bekas hijau tu kat MR DIY. Murah je. Pastu plastik kuning tu beli kat MPH. Kedai alat tulis selalu jual benda tu. Tak tahu nama dia apa plak.

Then, kena ada drill dan mata gergaji bulat saiz 54mm. Sebab saya pakai net pot yang bersaiz 55mm, saiz 54mm tu nampak cam sesuai dah. Lepas tebuk lubang, try letak net pot. Yes. Fits perfectly.

Beginilah rupanya bila semua lubang dah ditebuk, dan setiap lubang diletakkan net pot. Kita ketepikan dulu benda ni sebab lagi 5 hari baru kita akan pakai balik.

Next step, menyemai benih kangkung. Ni dia benih kangkung yang saya dah rendam dalam air selama beberapa jam. Org cakap kalau rendah dulu senang sket dia nak bercambah.

Sementara benih kangkung tu terendam dalam air, saya sediakan pula medium untuk germinate benih kangkung tu. Untuk hidroponik, saya pakai rockwool je. Fool proof orang cakap. Ni rupa rockwool out of the package. Berabuk. Kita gak nak kena ada gergaji untuk potong rockwool.

Since bekas untuk tanam kankung tu saya buat 8 lubang, jadi saya pun potong 8 ketul rockwool gak dan simpan yang selebihnya untuk projek lain plak.

Then, saya rendam rockwool tu dalam air untuk basahkannya sambil buang sekali habuk2. Memang banyak betul air yang benda ni serap dan simpan. Terus jadi berat.

Lepas rendam dan bilas – bilas sket rockwool ni, saya transferkan ke seedling tray. Rockwool yang saya beli ni dah dipotong dan dilubangkan siap – siap.

Instead of tanam sebatang je pokok kangkung per rockwool cube, saya buat lagi 2 lubang supaya leh letak 3 biji benih kangkung per rockwool. Kalau nak tambah lagi 4 lubang pun boleh supaya boleh letak 5 biji benih per rockwool.

Menggunakan penyepit, saya masukkan sebiji benih untuk setiap lubang. Nanti tekan – tekan sket benih kankung tu supaya dia tenggelam sedikit.

Sebab apa nak kena tenggelamkan? Sebab nanti kita kena cover keseluruhan benih tu supaya seluruh biji benih tu dapat kelembaran. Guna penyepit yang sama, saya guris – guris rockwool tu supaya dia menutup keseluruhan benih.

Tak lupa jugak labelkan benih apa ni dah bila mula semai. Sebab lama – lama nanti mesti lupa, especially tarikh mula semai.

Saya letak penutup kat seedling tray tu supaya air tak cepat kering dan rockwool sentiasa lembab, dan letak kat green house (more like white house 😂) saya.

Hari ke-2, saya tengok benih kangkung tu dah mula germinate. Hello there. Welcome to this world.

Hari ke-5, dah hijau dan tinggi ni dah. Cepat betul. So hari ke-5 kangkung seedling ni dah boleh dah dipindahkan ke bekas hidroponik.

Mula – mula kena sediakan larutan nutrien AB dulu. Bagi baja yang saya gunakan, kadar pencairan untuk pokok berdaun adalah pada nisbah 1:200 – 1 bahagian larutan pekat nutrien dan 200 bahagian air. Saya akan gunakan 5L air. Jadi 25ml larutan Nutrien A pekat dan 25ml larutan Nutrien B pekat diperlukan.

Ini dia 5L air yang dah dicampurkan 25ml Nutrien A dan 25ml Nutrien B. 5L tu ngan2 je dengan bekas yang saiz ni dah net pot yang saya gunakan. Bila letak net pot, paras air tu sipi – sipi je sentuh bahagian paling bawah net pot.

Sebab saya nak gunakan kaedah “wick”, saya ada beli kain “felt” ni. Tak tahu nama Melayunya. Tapi org banyak pakai untuk buat kraftangan.

Kain tu saya potong jadi 6 bahagian supaya dia jadi strip cam ni. Siap pakai pembaris bagai sebab kalau main potong je, mesti tak sama lebar. Tangan keras camnilah.

Jaluran kain tu saya selitkan di bawah net pot supaya dia jadi sumbu macam ni. Tujuannya, kain felt ni akan menyerap air dan membasahi rockwool yang kita akan letak atasnya. So kalau air semakain kering dan kita terlupa nak top up, rockwool akan sentiasa basah.

Finally, kita ambil rockwool yang anak benih kangkung dah tumbuh tadi dan saya masukkan setiap satu ke dalam net pot. Satu takde sebab satu rockwool tu menjadi. Tak tahu apsal. Ketiga – tiga benih kangkung atas rockwool tu tak bercambah.

Sekarang kita tunggu 28 hari dan harap – harap masa tu pokok kangkung ni dah cukup besarlah untuk dituai buat kali pertama.

Imran

Technical Manager at one of the market researcher company in KL who does blogging on his free time. Love cats very much. Always fascinated with new technology (as well as spending money on it)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *