Penyediaan Larutan Pekat Nutrien AB Hidroponik

Walaupun barang untuk projek mini Hidroponik & Fertigasi dah complete kumpul 9 hari lepas, susah plak nak cari masa utk mulakan projek ni. Weekend hari tu ke Perlis plak ada kenduri kawin. Pastu dengan nak kemaskan balkoni dan letak karpet rumput lagi. Sebab once dah mula, susah dah nak alih set hidroponik dan polybag berisi anak pokok kalau nak pasang karpet rumpt lepas tu.

So to get the ball rolling, jom kita bancuh Baja A dan Baja B dulu. Ini baja hidroponik yang saya beli. Baja A dan Baja B datang dalam plastik yang berasingan.

Ini pula cara untuk membancuh baja ni. Setiap paket kena bancuh dalam 10L air untuk menghasilkan 10L bancuhan pekat.

Dengan menggunakan baldi 3 gallon dan jug 5L, saya sukat 10L air dan masukkan ke dalam baldi. Boleh agak2 je sebenarnya, tapi saya suka precision. Haha.

Inilah dia rupa bentuk Baja A yang dalam bentuk kristal / garam. Actually, kat bawah beg tu ada bahan lain (ferum rasanya). Dalam next photo akan nampak clear.

Tuang je keseluruhan isi beg tu ke dalam air 10L tadi tu. Once dah tuang, kita kacau sampai semua Baja A tu larut dalam air.

Bila larutan dah sebati, saya masukkan bancuhan tu ke dalam bekas air 12L menggunakan corong dan gayung.

Kita namakan bancuhan ni sebagai Nutrien A Pekat (Concentrated Nutrient A). Alamak. Spelling error plak bagi Nutrient (tereja Nutrien) kat label tu. Nak kena fix jap lagi ni (sigh… being OCD)

Ini pula rupa bentuk Baja B. Untuk Baja B, kita lakukan benda yang sama macam Baja A dari (lepas basuh baldi, gayung, corong dan plastik pengacau bersih – bersih).

Untuk yang ni, kita namakan pula bancuhan ni sebagai Nutrien B Pekat (Concentrated Nutrient B). And again, the spelling yang saya akan fix kejap lagi.

Finally, siaplah Concentrated Nutrient A dan Concentrated Nutrient B (and oh the spelling kat label tu).

Anyway, larutan ni takleh digunakan direct. Ia kena dicairkan dulu mengikut nisbah tertentu. More on that di penulisan yang akan datang.

Imran

Technical Manager at one of the market researcher company in KL who does blogging on his free time. Love cats very much. Always fascinated with new technology (as well as spending money on it)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: