Alatan Sistem Fertigasi Mini

Untuk sistem fertigasi, saya bercadang untuk buat sendiri, sebab lepas tengok beberapa tutorial kat YouTube terutamanya dari channel Cilibangi, nampak macam senang. Dah dorang ada jual semua alatan yang diperlukan. Alat – alatan yang tulis dalam entry kali ini mostly saya beli dari dorang. Lagipun, sistem fertagasi mini yang dah tersiap pasang macam mahal je.


Nama : 1100 L/hour Water Pump
Kegunaan : Mengepam air nutrien dari tangki melalui polypipe ke pokok yang hendak disiram


Nama : 16mm Elbow
Kegunaan : Menyambung dua polypipe yang berbeza dan membolehkan penukaran arah. Contohnya paip lurus, tiba2 kita nak bengkokkan ke kanan


Nama : 16mm End Cap
Kegunaan : Menutup penghujung polypipe yang terbuka. Kalau tak nanti habis air terkeluar ke tanah di hujung polypipe


Nama : 16mm LDPE Polypipe
Kegunaan : Paip Low-density polyethylene yang membawa air dari tanki ke pokok yang hendak disiram. Keadaannya yang mudah lentur yang menyenangkan proses penebukan lubang


Nama : 16mm Tee
Kegunaan : Membahagikan aliran air kepada dua bahagian


Nama : 25L Storage Box
Kegunaan : Tangki untuk menyimpan larutan nutrien hidroponik. Kalau ada ruang besar, pakai yang lagi besar lagi elok. Tak perlu kerap tambah air nutrien. Tapi sebab saya akan pakai kat balkoni je dengan ruangan terhad, saiz ni nampak ideal


Nama : Capillary Tube
Kegunaan : Mengalirkan air nutrien dari polypipe ke pokok yang hendak disiram. Sebab garis pusat tube ni kecil, air nutrien tu nanti akan menitis dengan perlahan ke pangkal pokok


Nama : Deburring Tool
Kegunaan : Membersihkan dan meratakan lubang tebukan kat tangki, kut2 ada lebihan plastik. Benda ni tak perlu pun. Saja mengada2 sebab tengok ada org guna dalam YouTube


Nama : Digital Timer
Kegunaan : Penyiraman pokok dengan air nutrien tak dibuat secara terus menerus. Digital Timer memboleh kita set masa untuk pam air berfungsi dan menyiram pokok pada masa yang kita dah set


Nama : Dripper
Kegunaan : Digunakan bersama Capillary Tube. Dripper ni akan dicucuk ke dalam tanah dan air nutrien dari capillary tube akan menitik melalui dripper


Nama : Hole Saw Set
Kegunaan : Menebuk lubang pada plastik. Akan guna nanti untuk tebuk lubang dekat tangki


Nama : Off-Take Valve
Kegunaan : Memberhentikan atau mengawal kadar aliran air


Nama : Polypipe Puncher
Kegunaan : Menebuk lubang di polypipe


Nama : Rubber Grommet
Kegunaan : Digunakan untuk melapik tee nanti ketikan penyambungan polypipe ke dalam tangki supaya tidak berlaku kebocoran


Nama : Solar Powered Air Pump
Kegunaan : Membekalkan oksigen ke dalam air nutrien. Sebab akar selalu terendam dalam air dan akar bernafas mengunakan oksigen, kandungan oksigen dalam air nutrien kena cukup utk akar yang sihat. Beli solar powered nyer sebab nak harvest renewable energy gitu selain nak jimatkan elektrik

Imran

Technical Manager at one of the market researcher company in KL who does blogging on his free time. Love cats very much. Always fascinated with new technology (as well as spending money on it)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *