Alatan Penyediaan Larutan Nutrien AB

Ini pula alatan yang saya gunakan untuk menyediakan larutan nutrisi A dan nutrisi B. Even baldi dan gayung tu dah ada kat rumah, alang2 dalam mood shopping, saya terus beli yang baru kat MR DIY.


Nama : 12L Water Barrel
Kegunaan : Menyimpan larutan pekat Nutrien A dan Nutrien B lepas dibancuh


Nama : 150ml Beaker
Kegunaan : Menyukat Nutrien A dan Nutrien B nanti bila nak sediakan larutan AB untuk hidroponik atau fertigasi


Nama : 20ml Syringe
Kegunaan : Menyukat Nutrien A dan Nutrien B pada kadar yang sedikit


Nama : 3 gallon pail
Kegunaan : 3 gallon adalah bersamaan 12.36L. So sesuailah untuk larutkan baja hidroponik dalam 10L air


Nama : 5L Jug
Kegunaan : Menyukat air untuk penyediaan larutan nutrien pekat dengan tepat dan cepat. Paket baja yang saya gunakan hendaklah dibancuh dengan 10L air. Pakai jug besar ni, hanya 2 kali sukat untuk mendapatkan 10L air


Nama : 6L Water Dispenser
Kegunaan : Guna tong air yang kecil sedikit untuk simpan larutan nutrien AB. Nanti nak top up tangki hidroponik atau tangki fertigasi hanya ambik dari sini je


Nama : Funnel
Kegunaan : Memudahkan untuk memasukkan larutan nutrien pekat dan larutan nutrien AB ke dalam tong.


Nama : Hydroponic Fertilizer AB
Kegunaan : Baja Hidroponik A dan Hidroponik B dah bentuk garam / kristal. Nanti kena bancuh dengan air untuk menghasilkan larutan pekat


Nama : pH Down
Kegunaan : Merendahkan pH larutan nutrien AB jika terlalu tinggi. Nilai pH optimum untuk pernanaman secara hidroponik / fertigasi adalah 5.5 – 6.5


Nama : pH Up
Kegunaan : Meninggikan pH larutan nutrien AB jika terlalu rendah. Nilai pH optimum untuk pernanaman secara hidroponik / fertigasi adalah 5.5 – 6.5


Nama : pH Meter
Kegunaan : Meter untuk mengukur bacaan pH larutan nutrien AB


Nama : TDS & EC Meter
Kegunaan : Meter untuk mengukur kepekatan larutan nutrien AB. Nilai kepekatan yang diperlukan ada berbeza – beza bagi tanaman yang berlainan dan peringkat penanaman


Nama : Water Scoop
Kegunaan : Senang nanti nak cedok baja hidroponik yang telah dibancuh ke dalam bekas

Imran

Technical Manager at one of the market researcher company in KL who does blogging on his free time. Love cats very much. Always fascinated with new technology (as well as spending money on it)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *