LHDNM? STS? PCB? AE? BE?

Lagi beberapa hari nak 30 April. Sesapa yg taxable kat sini, korang dah ke hantar borang AE dan BE ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia?

Dah lama dah borang tu duk dlm file aku. Hari ni aku kumpulkan segala kuasa dan aura, dan aku mula mengisi borang tu yang sekarang pakai Sistem Taksiran Sendiri (sambil lagu Lembaga Hasil Dalam Negeri versi ala ala hip hop tu berkumandang dalam benak fikiran aku. Cam Zahid pun ada cara lagu tu dinyanyikan)

Wohoo. Finally siap gak. Nasib baiklah ada Potongan Cukai Berjadual yang mana dorang tolak cukai pendapatan bulan2 dari gaji aku. So aku ada cukai terlebih bayar. Wohoo sekali lagi. Nanti nak claim balik.

Tapi aku tabik gaklah kat website LHDN ni kat http://www.hasilnet.org.my/. Quite comprehensive. Boleh download panduan utk mengisi borang BE, boleh download borang BE itself dalam PDF nyer format, dan yang paling cool, kalau korang sign up kat e-Perkhidmatan, boleh download Borang BE versi elektronik, yang mana kita just isi particular kita kat komputer, and all the computations and logic checks will be done by the program. Di jamin tak silap mengisi. Tapi nak hantar balik borang BE tu secara elektronik takleh lagi kut sebab option Muat Naik tu cam tak berfungsi je. Kalau tak, everything leh buat online. Tak yah pegi pos borang tu.

Imran

Technical Manager at one of the market researcher company in KL who does blogging on his free time. Love cats very much. Always fascinated with new technology (as well as spending money on it)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: