Monday Blues II

Here I am, in front of my office’s pc, tengah makan asam. Kejap2 aku jeling jam kat system tray. Arrgghh. Baru kul 4:08pm. Sejam lebih lagi sebelum 5:30pm dan sebelum aku habis keje. Rasa cam aku nak putar jer jam tu.

Tah ler. Lately, aku takde mood sangat nak buat keje. Keje berlambak, tapi mak oii.. malasnya rasa nak mulakan. Project Director aku sibuk duk tanya bila viewscast reporting hierarchy Digi DST ngan Digi STORM nak siap. Aku cakap aku tgh buat, lagipun due date aku 4 Mac ni. So sempatlah aku tangguh2 sket. Hhmm. Keje apa lagi ek yg aku ada utk disiapkan? Biar aku list kat sini

  • Digi DST/Digi STORM hierarchy upload
  • Digi Centre session completion flag script change
  • New setup for Japan Ford CVP auto charting
  • Viewscast Benchmark project voice recording
  • Synovate Connect HK and Taiwan panel launching
  • Conrad Hotels Project Atlas Internal data collection
  • Maxis Hi Lo data extract WSF script

Kepala pun tgh pusing ni, camner nak jadik kaya. Dapat gaji je, bayar kredit card, sewa rumah, bil air, bil api, bil astro, bil internet, aeon installement, kasik mak etc etc, tinggal2 sket je pas tu.

Aku still lagi duk makan asam. Sedaplah plak. Wokay. Jam dah tunjuk 4:13pm dah. Bermakna dah 5 minit berlalu dari masa aku start tulis entry ni.

Hhhm. Guruh berdentum kat luar tu. Hujan kut kejap lagi. Alahai. Jawabnya jalan jemlah lepas ni. Bosannya. Ingat nak pegi Courts Mammoth Setapak kejap. Kalau cam tu kensellah. Balik rumah terus. Layan DVD yg aku belum tgk pun ok gak ni.

Hhhmm. Asam aku tinggal beberapa keping je lagi. Nak kena bali lagi ni. Oklah. Tak syoklah menaip kalau takde asam utk dikunyah. Sampai sini jerlah utk kali ni.

Imran

Technical Manager at one of the market researcher company in KL who does blogging on his free time. Love cats very much. Always fascinated with new technology (as well as spending money on it)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: