Naik Bas

Naik bas ke tempat keje tu boleh kata dah jadik rutin aku tetiap hari. Hari ni sebab bosan teramat sangat, aku tengok2lah telatah orang yg nak naik bas. Berikut adalah pemerhatian aku

Lelaki
1. Nampak bas datang dari jauh
2. Seluk poket seluar sediakan wang syiling
3. Tunggu bas berhenti
4. Naik bas
5. Bayar tambang kat konduktor
6. Ambik tiket
7. Tengok mana seat kosong
8. Pegi duduk kat seat tu

Perempuan
1. Nampak bas datang dari jauh
2. Terus ke depan berharap bas akan berhenti betul2 kat depan dan boleh naik dulu
3. Pegang beg tangan kuat
4. Jeling kiri kanan check sapa nak potong queue
5. Jeling kiri kanan takut ada org yg nak sambar beg tangan
6. Orang belakang terlanggar beg tangan
7. Tarik beg tangan ke depan sambil buat muka kekwat
8. Pintu bas terbuka, cuba untuk masuk dulu
9. Naik bas
10. Tanya konduktor bas tambang berapa walaupun hari2 dah naik bas tu (harap ada 50% diskaun hari ni)
11. Bukak beg tangan
12. Belek beg tangan cari beg duit
13. Orang belakang dah cakap dlm hati (isk. lambatnya)
14. Jumpa beg duit
15. Bukak beg duit
16. Belek2 celah duit kertas cari duit syiling
17. Jumpa duit syiling
18. Kira sampai cukup utk bayar tambang
19. Orang belakang dah tak sabar
20. Orang belakang bayar tambang dulu
21. Duit syiling dah cukup
22. Bayar tambang kat konduktor
23. Ambik tiket
24. Tengok mana seat kosong
25. Belakang sekali kosong, tak nak, pening
26. Ada kosong, tak nak sebab sebelah tu lelaki
27. Ada kosong, tak nak gak sebab org tu duduk belah aisle. Malas nak menyelit masuk duk tepi tingkap
28. Last2 berdiri
29. Bas dah sesak ngan orang dah
30. Ada orang yang berhimpit terlanggar beg tangan
31. Tarik beg tangan ke depan sambil buat muka kekwat

p/s: Ini adalah berdasarkan apa yang aku nampak dan fikirkan je. Tiada kaitan dengan sesiapa yang dikenali atau tak dikenali.

Imran

Technical Manager at one of the market researcher company in KL who does blogging on his free time. Love cats very much. Always fascinated with new technology (as well as spending money on it)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *