You got sexy voice? Metadome wants you!!!


Anda berbakat dalam lakonan? Atau adakah anda bijak menggunakan suara dalam pelbagai ekspresi? Atau anda mempunyai suara yang ‘komersial’ yang boleh digunakan untuk pelbagai karakter? Ya! Kalau anda berkebolehan dalam mengekspresikan suara anda, maka andalah yang kami cari. Kami mengajak anda untuk menghadiri satu sesi uji bakat bagi mencari bakat baru dalam proses pembikinan nada dering telefon bimbit.

Jangan risau, rupa paras bukan ukuran kerana yang penting bagi kami adalah SUARA anda. Setelah berjaya melalui ujibakat ini, anda mungkin menjadi terkenal kerana suara anda akan didengari setiap kali telefon bimbit berdering. Rakaman suara bagi nada dering ditelefon bimbit hanya memakan masa 20 hingga 30 saat bagi setiap skrip. Begitu mudah bukan?

Antara contoh skrip kami:
Telefon Lagi :
Harap Maaf, lain tahun Pak Mat telefon lagi. Ini tahun telefon sudah masuk air. 4 bulan tak byr, kesian yeee…

MyKad :
Harap Maaf, kami tidak akan melayan panggilan2 dari pendatang haram. Sila daftar kepada MyKad baru dahulu.

Zoo :
Pemanggil di kesan berada di kawasan zoo. Sekiranya anda monyet atau mawas, sila letakkan kembali gagang telefon.

Tak dengaq :
Halo, ehhh.. tak dengaq la… cakap kuat sikit.. halo… eh.. halo… haa.. nak cari sape ni? Oohh kenapa tak bilang awai2… tunggu sat nooo.

Ayoh apa tunggu lagi… datanglah beramai-ramai ke pejabat kami pada 21 & 22 Jan 2006 jam 11 tengahari.

Convertible   Metadome Sdn Bhd,
Suite 3B-18-6,
No.6, Level 18, Block 3B,
Plaza Sentral
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Idani di 03 27805008 atau email pertanyaan anda ke idani@meta-dome.com

Imran

Technical Manager at one of the market researcher company in KL who does blogging on his free time. Love cats very much. Always fascinated with new technology (as well as spending money on it)

1 Response

  1. Malique says:

    wow… siap ada gambar ye. Thanks imran.

    Kepada sesiapa yang berminat, jom pi ramai-ramai audisen sambil mencuba nasib. Dengan suara je boleh buat duit!

    jom!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: