Blog ini dalam Bahasa Melayu

Aku mula menulis blog pada zaman aku mula2 kerja dulu. So time tu, aku memang selalu carik lubang untuk dapatkan duit lebih. So salah satu cara letak Google Adsense kat blog. Dan untuk mendapatkan lebih hits, aku menulis dalam English. Target ready dari all over the globe gitu.

Tapi blogging era nih dah makin dying dah. Aku pun dah tak letak Google Adsense kat blog aku dah. So rasanya nak mula menulis blog dalam Bahasa Melayu plak – takdelah perfect Bahasa Melayu. Aku akan guna bahasa rojak.

Sebenarnya letih nak menulis dlm English ni. Mula2 kena susun atur ayat dalam kepala. Baru start tulis. Lepas tulis, kena proof reading plak tgk grammer. Menulis dalam Bahasa Melayu plak, texts flow freely through my fingers while I’m thinking of it.

So behold my first blog yang ditulis dalam bahasa rojak. As always, semoga aku terus menulis, even takde sapa yang nak baca pun. Haha

4 Comments

Say Something

*